PENGENALAN KESELAMATAN KOMPUTER
2.1 Definisi Keselamatan Komputer
Keselamatan komputer boleh ditakrifkan sebagai menjaga keamanan atau
kesejahteraan komputer kita sama ada dari segi sistem dan perisian , data
mahupun perkakasan .
Keselamatan komputer juga bermaksud amalan
melindung sistem komputer dari kegagalan, ancaman , risiko dan kelemahan dari pelbagai sudut seperti kesalahan manusia atau operasi ,
serangan dan bencana alam yang boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau
maklumat dipinda secara tidak sah , kemusnahan atau denial-of-service.
2.2 Matlamat menjaga keselamatan komputer
Seperti yang kita tahu , menjaga
keselamatan komputer adalah sangat penting agar komputer kita sentiasa
berada dalam keadaan yang baik . Kesejahteraan komputer kita bergantung
kepada kita jadi sebagai pengguna kita haruslah menggalas tanggung jawab ini
dengan baik.Antara matlamat penjagaan keselamatan komputer adalah :
• Agar apa yang kita lakukan
atau simpan selamat dan tidak hilang .
•Agar komputer mahupun
sistem dan perisian kita tidak rosak .
•Agar kita sahaja yang berhak
menggunakan , mengakses atau mengubahsuainya .
•Supaya perkakasan komputer kita
berada dalam keadaan yang baik .
•Agar keselamatan pengguna
berada dalam keadaan selamat .
2.3 Asas Keselamatan Komputer
Fungsi komputer yang mana bekerja
dalam bentuk digital (1 dan 0) menyebabkan
ia mudah di tembusi dan sering terdedah
kepada bermacam-macam ancaman maka dengan itu, pengguna perlulah mengetahui tentang ancaman-ancaman dan keselamatan dalam menggunakan komputer . Ancaman ini
memberikan kesan yang besar kepada
kita lebih-lebih lagi jika kita adalah seorang ahli perniagaan yang
sentiasa bekerja dengan komputer . Kerugian besar mungkin berlaku samada
dari segi wang , harta , masa dan sebagainya . Dimana-mana sahaja , keselamatan
terhadap komputer adalah amat dititikberatkan walaupun kita ini tidak
terlibat dalam perniagaan . Malahan sebagai pelajar , kita juga perlu menitik
beratkan keselamatan ini agar data-data dan kerja kita tidak hilang atau dicuri rakan . Keselamatan komputer juga
meliputu 4 perkara asas iaitu kerahsiaan , integriti , kesediaan dan penggunaan
yang betul.
•Kerahsiaan
-mencegah maklumat rahsia dibaca atau diketahui oleh orang yang tidak
berdaftar . Jenis capaian-boleh baca , lihat , cetak atau dengan hanya mengetahui
kewujudan sesuatu objek atau aset dalam sistem komputer.
•Integriti
-mencegah sebarang ubah suai oleh orang yang tidak
berdaftar . Jenis ubah suai: menulis, mengubah, menukar (status), hapus atau
cipta.
•Kesediaan
-orang yg berdaftar tidak sepatutnya dihalang dari maencapai suatu aset/data selagi
beliau mempunyai capaian yang dibenarkan .
•Penggunaan yang betul
-orang yang berdaftar menggunakan sistem komputer dengan cara betul atau
dibenarkan . Jika diikuti , ini boleh mengelak kegagalan sistem , jenayah komputer atau kerosakan
akibat kecuaian manusia .
3.0 ANCAMAN KOMPUTER
Apakah itu ancaman ? Ancaman/threat
adalah suatu keadaan yang berpotensi yang membenarkan sistem komputer kita untuk
dirosakkan . Terdapat 2 jenis ancaman
iaitu ancaman aktif dan juga pasif
ANCAMAN AKTIF
|
ANCAMAN PASIF
|
penceroboh bukan sahaja memerhati data atau
maklumat sulit tapi mengubahnya atau menghapuskan
data atau maklumat tersebut.
|
penceroboh cuma memerhati data
atau maklumat tanpa mengubah atau menghapus tetapi mengambil keuntungan dari
maklumat tersebut sama ada meniru atau mencuri idea.
|
·
Interception(aktif) - iaitu orang
yang tidak dikenali melakukankekacauan , mencuri data , dan merosakkan
komputer .
·
Interuption(pasif) - iaitu pencurian data melalui komunikasi . Contohnya
pengguna A menghantar data kepada
pengguna B melalui email , tetapi semasa penghantaran antara pengguna A dan
pengguna B , berlaku kecurian data .
·
Modification(aktif) - data yang
dihantar antara pengguna A dan pengguna B
telah diubah semasa penghantaran data antara pengguna A danpengguna B .
·
Fabrication(aktif) - data yang
dihantar antara pengguna A dan pengguna B telah ditambah iaitu buat apa
yang tidak ada didalam data , perlu menggunakan skill untuk mengubahnya .
Konsep seterusnya adalah vulnerability /kebocoran .
Vulnerability merujuk
kepada suatu perlindungan yang lemah
kepada komputer yang mana ianya mudah untuk diserang , perlindungan
haruslah diberikan perhatian kepada hardware / perkakasan , software / perisian
, dan juga data . Serangan atau ancaman pada
perisian pula ialah merosakkan perisian tersebut dengan cara menghantar virus
untuk makan configuration .Configuration penting
untuk mengerakkan perisian tersebut . Cara pencegahannya , kita perlu mempunyai
contribution manager software utiliti yang menjaga software berkenaan . Ancaman pada data pula ialah kecurian , penghapusan , ataupun pegubahan data tersebut .
JENAYAH KOMPUTER
4.1 Definisi Jenayah Komputer
Jenayah membawa maksud aktiviti
seperti kecurian, penipuan , pemalsuan , peras ugut dan sebagainya . Jenayah komputer pula
melibatkan segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian , penipuan ,
peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan jenayah.Walau bagaimana ,
definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan
keselamatan untuk SRI International di Menlo Park , California . Beliau
menyatakan bahawa jenayah komputer adalah dimana perlaku yang mempunyai niat dan
dikaitkan dengan komputer melalui apa - apa
cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan , kerugian dan berterusan.Jabatan Kehakiman US
menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah komputer adalah
mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana
pengetahuan mengenai teknologi komputer digunakan untuk
merealisasikannya.
4.2 Jenis-jenis jenayah
komputer
Dalam dunia maya ini , sememangnya
jenayah komputer adalah sesuatu yang tidak asing lagi . Terdapat berbagai jenis jenayah computer . Antaranya ialah ;
•Cybervandalisma
- gangguan sengaja , pencacatan
, kemusnahan laman web ataupun sistem maklumat korporat .
•Sniffer - memperhatikan
segala kelakuan didalam rangkaian yang mana menggunakan perisian tertentu . Segala
e-mail mungkin boleh dilihat dan e-mail tersebut boleh di ubah .
•Denial-of-sevice attacks(dos)
- membanjiri server dengan ribuan
permintaan palsu untuk menghancurkan rangkaian . Ini menyebabkan rangkaian tersebut tidak dapat diakses oleh pengguna lain . Ini
adalah amat bahaya kerana di dalam perniagaan , kegagalan sesuatu sistem
maklumat itu untuk berfungsi menyebabkan kerugian yang tinggi .
•Identity theft - pencurian maklumat peribadi
seperti sosial ID , atau nombor kad kredit , gambar , dan sebagainya daripada
orang-orang yang tertentu . Mangsa kebiasaannya adalah orang yang berpengaruh
dan terkenal . Ia bertujuan untuk
menyamar sebagai orang lain bagi menarik pelanggan – pelanggannya .
• Phising- Phising ialah aktiviti penghantaran mesej email
kepada pengguna yang mana memujuk pengguna untuk klik satu link didalam email berkenaan . Kemudian pengguna akan
dibawa ke satu laman web , yang mana laman web tersebut kelihatan seperti
perniagaan sah dan meminta pengguna memasukkan data peribadi mereka . Sasaran phising biasanya ialah pelanggan bank .
•Hoax - adalah
suatu maklumat yang mana menceritakan tentang sesuatuyang tidak benar ataupun
palsu yang menyebabkan seseorang itu menjadi takut . Maklumat ini akan disebarkan di mana –
mana sahaja termasuklah sms dan
sebagainya .
• Cetak
rompak - Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa
kebenaran pemilik asalnya. Contohnya
seperti VCD cetak rompak .
•Menyebarkan
virus - terdapat pelbagai jenis virus . Virus-virus
ini disebarkanuntuk merosakkan sistem komputer mahupun data .
4.3 Jenayah
dan masalah moral dalam penggunaan komputer
4.3.1 Hacker
Hacker ialah seseorang yang
mempunyai minat dan pengetahuan yang mendalam
terhadap sesuatu OS . Beliau selalunya
adalah seorang pengaturcara komputer
atau jurutera sistem yang 'advance' dalam sesuatu sistem komputer sehingga
mampu mengenalpasti kelemahan-kelemahan
sistem berkenaan melalui kaedah uji cuba yang dilakukan beliau . Maklumat yang di perolehi ini selalunya dikongsi secara
terbuka melalui artikel - artikel yang ditulis dan dihantar kepada
penerbit untuk siaran . Mereka mempunyai kod etika tertentu dan
tidakakan memusnahkan rangkaian sistem mahupun data . Mereka adalah pengaturcara yang cekap dan
terlibat dalam aktiviti yang kreatif dan
produktif .
4.3.2 Cracker
Cracker pula adalah mereka yang
sengaja memecah masuk ke dalam sesuatu sistem
atas tujuan khianat , sabotaj dan sebagainya . Keupayaan mereka adalah sama
dengan hacker cuma yang membezakan ialah etika mereka . Cracker mudah
dikenali berdasarkan tindakan mereka yang agresif dan merbahaya.
Kaedah individu - individu ini
memasuki ke dalam sesuatu sistem adalah berbagai .Teknik utama mereka ialah
melalui password cracking . Bagaimanapun terdapat banyak kaedah lain yang lebih cepat
yang digunakan mereka terutama dengan menguji cuba kelemahan sesuatu sistem melalui
penghantaran arahan – arahan elektronik secara jauh terhadap sistem keselamatan
mangsa.
Level Cracking:
Untuk memecahkan password bukanlah satu kerja cepat dan mudah. Apatah
lagi bagi passwword yang menggunakan 'one way encryption method' khususnya dalam
operasi UNIX . Ini bermakna , selepas diencrypt , tiada lagi kaedah yang boleh
membukanya , walaupun program asal yang digunakan . Bagaimanapun teknologi
hacking yang semakin maju sejajar dengan kemajuan sistem security semasa,
memungkinkan sesuatu password itu boleh
dipecahkan walau sesukar mana ia
dirahsiakan .
Peringkat-peringkat asas memecahkan password dalah seperti
berikut:
. Dictionary Attack – pemecahan password dilakukan
melalui uji cuba password dengan senarai perkataan (word list) yang dikumpulkan
dari berbagai sumber . Selalunya proses ini adalah yang paling cepat terutama
sekiranya password asalitu merupakan perkataan yang sering digunakan seharian.
. Hybrid Attack - menggunakan teknik di atas dan
keupayaan program yang digunakan , senarai perkataan atau word list yang ada akan
ditambah dua perkataan atau nombor lain di hujung atau permulaannya . la akan menambah kebarangkalian kejayaan
pemecahan password memandangkan kecenderungan pengguna menambah sesuatu di
hujung nama mereka sebagai password misalnya “saya2004”
. Brute Force Attack - teknik Inl adalah langkah
terakhir dan yang paling menyeluruh dengan jaminan kejayaan 100 peratus . Yang
menyukarkannya ialah “masa!” . Melalui teknik ini setiap huruf dari a-z, A-Z
dan 0-9 serta ASCII character akan digunakan satu persatu sehingga
mendapat jawapannya . Berdasarkan teori , teknik ini
pasti menemui jawapan sesuatu password .
4.3.3 VIRUS KOMPUTER
Virus
komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam
di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu
di dalam disk yang dinamakan "bootsector" . Apabila kita menjalankan/melarikan perisian
yang dijangkiti virus tersebut
atau cuba mengakses disk yang dijangkiti
akan mengaktifkan virus tersebut . Virus
boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam
program lain , memaparkan maklumat tertentu
di monitor , memusnahkan fail maklumat atau memadam kelesuruhan cakera keras
"hard disk".
Disamping itu, virus komputer juga
boleh diprogramkan untuk bertindak pada masa-masa yang tertentu atau pada hari
yang telah ditetapkan . Virus yang paling digeruni sekali ialah virus
Michelangelo yang menyebabkan kemusnahan yang amat besar pada tahun1991 . Ia ditulis untuk diaktifkan pada hari lahir penulis
aturcara tersebut. Apabila pengguna menghidupkan komputer merekayang telah
dijangkiti pada hari tersebut, komputer akan mengformatkan"reformat"
cakera keras, memadamkan segala maklumat dan perisian yang disimpan di dalam cakera keras tersebut . Tidak
seperti virus yang menyebabkan selsema atau penyakit lain terhadap manusia, virus komputer tidak
berlaku atau terjadi dengan sendirinya . Setiap virus harus diprogramkan. Tidak
terdapat virus yang berfaedah . Kadangkala, virus komputer hanya ditulis untuk
mengganggu . Terdapat sesetengah individu yang ingin memaparkan mesej tertentu untuk bergurau . Di dalam keadaan yang demikian , virus tersebut hanyalah bersifat untuk menggangu sahaja .
5.0 CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN KOMPUTER
5.1Pencegahan Dari Jangkitan
Virus
Untuk mencegah jangkitan virus tidaklah sukar seperti yang disangkakan . Kita hanya perlukan pengetahuan mengenai virus komputer dan beberapa perisian untuk mengatasinya . Perkara utama yang kita perlu ketahui ialah semasa komputer kita berada didalam keadaan bahaya jangkitan . Apabila virus komputer telah berada di dalam ingatan komputer , virus boleh memusnahkan perisian dan fail-fail data di dalam cakera keras anda . Cara yang paling mudah untuk mendapat jangkitan virus komputer ialah dengan bertukar - tukar perisian atau disk dengan orang lain . Bahkan , perisian yang baru dibeli dan masih dalam bungkusan juga dipercayai mempunyai virus komputer . Kaedah pencegahan yang terbaik ialah dengan menganggap semua disk yang anda temui mempunyai potensi dijangkiti virus . Untuk mengenal pasti virus komputer memerlukan perisian antivirus . Perisian ini mampu mengesan disk dan perisianyang dipercayai mempunyai virus dan memusnahkannya . Terdapat pelbagai perisian untuk mengesan virus ini . Kita juga perlulah kerap kali mengimbas PC kita dari serangan Trojan, Virus dan Sniffer . Begitu juga jangan download email attachment yang belum di scan ke dalam PC terutama yang mengandungi '.com, .vb, .dll, .exe’ dihujung nama fail berkenaan kerana itu semua adalah virus .
5.1.1Fail Pengenalan Virus (virus signature file)
Kesemua perisian antivirus merujuk kepada pengkalan data yang menyimpan maklumat mengenai virus apabila memeriksa sesuatu fail yang dijangkiti . Oleh yang demikian , adalah penting untuk kita sentiasa mengemaskinikan "update" fail tersebut untuk mengesan virus - virus yang baru . Ini kerana hampir setiap hari,boleh dikatakan hampir lima ekor virus baru ditemui . Kebanyakan perisian antivirus membenarkan kita mengemaskinikan fail tersebut. Walaubagaimanapun , terdapat perisian yang mudah untuk kita mengemaskinikannya dan juga sebaliknya . Sesetangah perisian seperti Norton Antivirus 2.0 dan PC-Cilin hanya memerlukan kita menekan satu butang sahaja. Segala proses lain akan dilakukan secara automatic . Sesetengah perisian juga memerlukan kita untuk mengemaskinikan fail secara manual. Terdapat juga sesetengah perisianseperti Dr Solomon yang menghantarkan fail update secara manual kepada pengguna walau apa sekalipun perisian antivirus yang kita gunakan pastikan kita sentiasa mengemaskinikan fail pengenalan virus kita . Kita tidak dapat menjangka bagaimana tindakan yang akan dilakukan oleh virus pada masa hadapan . Mungkin ia mampu melakukan kerosakan/kemusnahan yang lebih besar lagi .
5.2 Menghalang password Cracker
Untuk menghalang 100 peratus serangan password cracker ini adalah sukar.Bagaimanapun sebagai panduan , berikut adalah beberapa panduan yang boleh digunakan :
•Gunakan random password hasil daripada kombinasi nombor huruf kecil dan besar serta simbol (bagaimanapun utk sesetengah web account simbol tidak dibenarkan) misalnya xcWer4#5hgR&@ )
•Gunakan semaksimum mungkin password yang dibenarkan serta pastikan bilangannya tidak kurang daripada 8 aksara.
•Sering menukar password sekurang-kurangnya sebulan sekali dalam LAN atau seminggu sekali dalam persekitaran internet.
•Jangan memberikan password kita kepada orang lain atau menulisnya ditempat yang mudah dilihat orang . Sebaiknya ingat password kita .
•Set kan pilihan lock worksation jika gagal mengemukakan password melebihi lima kali pada sistem keselamatan pc anda .
5.3Gunakan Internet Firewall
Sebelum kita menyambungkan komputer kita ke Internet , kita sepatutnya memasang firewall . Ini merupakan suatu perisian atau perkakasan yang membantu menghalang penggodam , dan banyak jenis virus dan cacing (worms) , daripada mengakses komputer anda.Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan computer . Kita juga harus menggunakan Windows® Update danperisian antivirus untuk membantu melindungi PC kita .
5.4Dapatkan Kemas Kini Komputer
Sekiranya kita sedang menggunakan Microsoft Windows 2000 Service Pack 3(SP3) atau yang lebih baharu, kita boleh menggunakan kelebihan Kemas KiniAutomatik, yang boleh memuat turun secara automatik kemas kini keselamatanMicrosoft yang terbaharu semasa komputer kita terpasang dan tersambungkepada Internet. Sekiranya kita tidak pasti apakah versi Windows yang kita
sedang gunakan, kita boleh mengetahuinya dengan mengikuti arahan bagi menyemak versi sistem pengoperasian kita . Untuk menggunakan Kemas Kini Automatik bagi memuat turun dan memasang apa-apa kemas kini keselamatan masa hadapan yang penting daripada Microsoft :
•Klik Start , dan kemudian acu kepada Settings , dan kemudian klik Control Panel .
•Klik dua kali ikon Automatic Updates untuk membuka petak dialog Automatic Updates . Anda akan nampak suatu skrin seperti di bawah.
•Pada tab Automatic Updates , tanda pada petak yang bersebelahan dengan Keep my computer up to date.
•Pilih suatu pengesetan ,sebaikya pilih Automatically download the updates, and install them on the schedule that I specify .
Sekiranya kita memilih opsyen untuk memuat turun dan memasang kemas kini secara automatik, pilih hari dan waktu komputer kita akan dihidupkan, supayaproses pemasangan boleh dilengkapkan .
5.5Cara menjaga keselamatan komputer dari segi perkakasan
5.5.1 Cara-Cara Menjaga Keselamatan Cakera Liut :
1. Jangan meletak alat atau bahan yang berat di atas cakera liut.
2. Jangan mendedahkan cakera liut pada haba yang sangat panas, cahaya matahari dan air.
3. Jangan meletak cakera liut berdekatan dengan medan magnet seperti pembesar suara, telefon, headsets, monitors dan calculators.
4. Jangan makan, minum atau merokok berdekatan dengan cakera liut .
5. Jangan membuka shutter cakera liut atau memegang permukaan rakamannya.
6. Simpanlah cakera liut ke daiam bekas simpanannya .
7. Masukkan cakera liut ke dalam pemacu dengan betul.
8. Semasa lampu pemacu menyala, jangan menarik keluar cakera iiut.
5.5.2 Cara-Cara Menjaga Keselamatan Cakera Padat :
1. Jangan mendedahkan cakera padat pada cahaya matahari atau haba yang sangat panas.
2. Jangan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat.
3. Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di permukaan atas cakerapadat. Gunakan alat tulis seperti markerpen.
4.Jangan simpan cakera padat secara tindih menindih
5. Jangan makan minum atau merokok berdekatan cakera padat .
6.0 ASPEK-ASPEK DALAM KESELAMATAN KOMPUTER
6.1 Aspek keselamatan
komputer
Keselamatan komputer meliputi empat aspek yang penting, iaitutanggungjawab,
keselamatan fizikal , keselamatan sistem dan keselamatan data . Peranan
dan tanggungjawab merujuk kepada pengguna dimana kita harus memainkan
peranan .Keselamatan fizikal merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan
peralatan untuk menjaga keselamatan pengguna, mencegah kehilanganatau kerosakan
alat seperti gril, kawalan kunci, kestabilan elektrik, alat pemadam api . Keselamatan
sistem merujuk kepada tindakan untuk melindungi sistem dan perisian aplikasi
yang dipasang dalam komputer daripada kerosakan dan pencerohohan . Antara tindakan yang berkaitan dengan
keselamatan sistem adalah pemasangan perisian antivirus , mewujudkan kata
laluan untuk menghadkan akses kepada internet oleh pengguna .Keselamatan data
merujuk kepada kaedah penyimpanan , penyebaran data dan kawalan akses maklumat .
Berikut adalah aspek keselamatan komputer yang perlu ditikberatkan:
Antara aspek keselamatan komputer
yang perlu dititikberatkan ialah , suhu dalam makmal komputer sebaiknya
tidak lebih dari 40 ° C. Penggunaan alat pendingin udara adalah sangat tidak digalakkan kerana suhu yang terlampau
sejuk mahupun panas pasti akan mengakibatkan kerosakan terhadap komputer
tersebut .Komputer juga perlulah menggunakan alat pelaras arus elektrik seperti AVR atau UPS
supaya voltan efektrik yang masuk ke komputer sentiasa terkawal dan stabil
. Elakkan dari terlalu banyak menggunakan socket extension kerana dikhuatiri akan berlaku
litar pintasan dan mengakibat komputer kita
rosak .
Bukan itu sahaja, jiika
kita ingin memindahkan komputer, harus diingat sistem unit komputer agak sensitif jadi elakkan dari terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh . Ini adalah kerana
apabila ianya berlaku , peralatan atau skrew yang berada dalam komputer mungkin
akan tercabut . Komputer juga mungkin tidak
akan dapat berfungsi lagi selepas itu .Kita
juga tidak boleh makan , minum atau
meroko berdekatan dengan komputer sebenarnya . Contohnya , jika kita meminum
air yang manis dan tiba-tiba air itu
tertumpah , komputer kita pasti akanmengalami kejutan .Ini adalah kerana komputer
dan barang-barang yang ada didalamnya amat sensitif terhadap , air , suhu
mahupun gegaran .
Selain itu , kita juga perlu memastikan komputer
kita sentiasa berada dalam keadaaan yang bersih . Kita perlu membersihkan
komputer kita sekurang-kurangnya 1 kali seminggu. Untuk kerja-kerja
membersihkan habuk di bahagian dalam sistem unit kita perlulah menggunakan kain , bulu ayam
atau sejenis alat yang dipanggil a-can .
Kita juga perlulah menanggalkan 3-pin dari soket pada dinding
setelah selesai menggunakan komputer dan jangan sesekali menyambung
apa jua kabel peranti (termasuk tetikus dan papan kekunci) ke sistem unit tanpa
sistem unit di shutdown terlebih dahulu . Jika perlu menyambung
kabel-kabel ke sistem unit , lakukan
secara berhati-hati supaya pin kabel tidak terbengkok , terpatah atau termasuk
ke dalam aspek-aspek keselamatan ini haruslah diambil serius oleh para pengguna
komputer agar keselamatan komputer sentiasa terjamin.
6.2 Aspek Keselamatan Perkakasan
1. Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal
tanpa kebenaran
2. Jika ada bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan
bekalan kuasa di dinding yang bersambung ke komputer itu.
3. Komputer yang rosak perlu diasingkan,dilabelkan dan dinyatakan perkara
yang rosak untuk tindakan seterusnya.
4. Imbas cakera liut sebelum digunakan untuk mengelakkan sebaran virus.
5. Pastikan cakera liut disimpan dalam kotaknya atau bekas bebas dari
sebarang benda asing, habuk dan kekotoran.
6. Padamkan suis pencetak selepas digunakan.
7. Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang kerosakan perkakasankepada
guru komputer.
8. Kekisi pintu dan tingkap perlu dipasang untuk mengelakkan kecurianperkakasan
berlaku.
9. Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api) perlu
dipasang untuk mengelakkan kebakaran dari berlaku.
10. Pastikan disk cleaner dan cecair alkohol ada disimpan dalam makmal komputer untuk
mencuci pemacu cakera yang kotor.
1. Meja komputer diatur dengan baik dan tersusun, sistem unit diletak ditempat
yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti .
2. Tempat duduk selesa , kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna
dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.
3. Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat
yang selamat dari laluan pengguna.
4. Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan
dan keselamatan mata pengguna.
5. Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 18 ke 24 inci jauh
dari mata.
6. Pengguna perlu berehat selepas 2 jam menggunakan komputer dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan
mata.
7. Pengguna dinasihatkan berehat sebentar jika mengalami sakit tengkok, sakit
tulang belakang dan keletihan kedua-dua tangan.
8. Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak pertolongan cemas.
9. Jika perlu buka casing komputer
untuk kerja penyelenggaraan, pastikan sistem unit di shutdown
dahulu , matikan kuasa elektrik dan tanggalkan
plug.
10. Semasa membuat kerja
penyelenggaraan , elak dari memakai tali leher , barang-barang kemas
dan berambut panjang.
11. Perhatikan
jika terdapat wayar kuasa yang terdedah , tukar mana-manakabel kuasa yang rosak.
6. 4 Senarai Peraturan Makmal Komputer
2. Kemaskan makmal komputer sebelum keluar
. Susun atur semula kerusi supaya kemas.
3. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas.
4. Pastikan alat pemadarn api ada dan boleh digunakan.
5. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
6. Semua pengguna dikehendaki mengikuti jadual Waktu
Penggunaan makmal komputer.
7. Semua pengguna dikehendaki mencatat pada buku log / rekod penggunaan
makmal komputer
8. Pengguna dilarang melayari Internet pada alamat-alamat yang tidak
senonoh (lucah).
9. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda, bertengkar dan
bergaduh dalam makmal komputer.
10. Pengguna komputer dilarang
mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer.
11. Pengguna
dilarang membawa sebarang cakera perisian
luar masuk ke dalam makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
12. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang
perkakasan atau perisian darimakmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
13. Jika terdapat sebarang
bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu
yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila
laporkan dengan segerapada guru yang bertugas.
7.0 RUMUSAN
7.0 RUMUSAN
Keselamatan komputer
sememangnya penting dan amat berguna bagi kita sebagai seorang pengguna komputer
. Dengan menjaga keselamatankomputer,segala perkakasan,perisian,sistem mahupun
data - data kita akanberada dalam
keadaan selamat . Semuanya bergantung kepada kita sama ada mahu mengambil kira
aspek-aspek keselamatan ini mahupun tidak.
Sebagai pengguna , penting bagi
kita untuk mengetahui cara-cara menjaga keselamatan. Antaranya kita boleh
memasang perisian antivirus , meletakkan password dengan kata laluan yang sukar
bagi penggodam untuk memecah masuk dan sentiasa update komputer kita . Bagi pengguna Internet pula , untukmenjaga hak-hak
privasi mereka , para pengguna perlulah sedar apabila melibatkan diri dalam
dunia Internet ini pastinya kita akan
terdedah dengan pelbagai ancaman . Jadi sebelum menggunakan internet lebih baik kita berwaspada dan mengambil
langkah berjaga-jaga agar tidak berlaku apa-apa perkara yang akan menyusahkan
kita .
Untuk menghindarkan diri kita
semua dari bahaya komputer ini , kita perlulah mempunyai etika yang betul dalam
penggunaan komputer . Sekiranya para pengguna mengetahui dan mengamalkan
etika-etika ini nescaya keselamatan dalam penggunaan komputer akan lebih
terjamin . Jadi para pengguna pastinya
akan menggunakan komputer dengan berhemah sambil memikirkan tentang orang lain
juga.Seperti mana kita hidup perlulah mempunyai etika,begitulah juga dalam
penggunaan internet dan komputer.
Link : http://www.scribd.com/doc/36888956/Etika-Dan-Keselmatan-Komputer
Link : http://www.scribd.com/doc/36888956/Etika-Dan-Keselmatan-Komputer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan