5 Undang-undang Siber Untuk Melindungi Pengguna Internet Di Malaysia
Undang-undang siber amat
penting untuk melindungi pengguna biasa dari ancaman penjenayah siber yang amat
bijak. Jenayah siber boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja kerana di internet,
anda boleh menyamar bahkan boleh muncul sebagai anonymous tanpa identiti
khusus. Kerajaan Malaysia telah menggubal lima undang-undang siber khusus untuk
menghukum penjenayah siber juga untuk menghalang aktiviti jenayah siber dari
berleluasa di Malaysia. Undang-undang siber tersebut adalah Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia1998, Akta
Tandatangan Digital 1997, Akta Jenayah Komupter 1997 dan Akta Teleperubatan
1997.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan